Sukan Hari Ini

KAFA Rayu Bantuan Kerajaan Kelantan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tampak semakin terdesak untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka apabila terpaksa berpaling kepada kerajaan negeri bagi merayu bantuan

BH Online melaporkan ia boleh dianggap sebagai langkah kedua yang dilakukan badan induk berkenaan selepas langkah pertama melancarkan tabung derma pada 9 Mei lalu bagi membayar tuntutan tunggakan gaji bekas pemain import mereka, Cassio Francisco De Jesus.

Namun, tabung berkenaan dilihat tidak mampu untuk membayar hutang De Jesus berjumlah RM629,620.28 apabila sehingga Khamis lalu, hanya kira-kira RM14,000 jumlah derma yang berjaya dikumpulkan.

Lebih, memeritkan lagi, apabila Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari melepaskan jawatan itu, Khamis lalu.

Keadaan itu turut menyaksikan syarikat milik Wan Rakemi, After Image Sdn Bhd yang juga pemegang taruh terbesar dalam TRW Sdn Bhd juga menarik diri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan pengunduran Afte Image Sdn Bhd kerana faktor aliran tunai memberi kesan besar kepada persatuan itu.

“Kami merayu kepada kerajaan negeri… bantulah kami dalam menyelesaikan kemelut kewangan yang meruncing ini. Sayangilah Kelantan FA yang pernah menaikkan nama Kelantan sewaktu ketika dahulu.

“Kami perlukan sumber kewangan dimasa pandemik COVID-19 yang mana kami tidak ada sumber pendapatan lagi. Terbaru penaja utama kami After Image sudah menarik diri oleh faktor aliran kewangannya.

“KAFA adalah milik rakyat, mereka juga turut bersedih nasib yang menimpa kami. Ramai diantara mereka yang menghulurkan derma dalam tabung dilancarkan ini yang mana penderma RM1 melebih 2,000 orang. Ini mengambarkan KAFA milik rakyat,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");