Berita Hari Ini

Kanak-kanak Lelaki Maut Tercekik Gula-gula Jeli

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi pihak Hospital Labuan.

Katanya, siasatan awal terhadap ibu kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa pada hari kejadian ketika berada di rumah, mangsa meminta gula-gula jenis jeli.

“Selepas mangsa memakan gula-gula berkenaan, wanita itu mendapati anaknya tercekik.

“Ibu kanak-kanak terbabit kemudian berusaha mengeluarkan gula-gula itu daripada kerongkong anaknya (mangsa) tetapi gagal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini, lapor BH Online.

Muhamad Farid berkata, wanita itu mengambil keputusan untuk membawa mangsa ke Hospital Labuan untuk tindakan lanjut.

“Setiba di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa dijalankan dan didapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia.

“Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat selepas analis ‘sample spacemant’ mangsa diperoleh sama ada positif COVID-19 atau pun tidak,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");