Berita Hari Ini

Kematian George Floyd: Anggota Polis Ditahan, Didakwa Membunuh

MINNEAPOLIS: Seorang anggota polis Minneapolis yang terbabit insiden kematian lelaki Afrika-Amerika tidak bersenjata, George Floyd, ditahan semalam dan didakwa membunuh.

BH Online yang memetik AFP melaporkan Derek Chauvin ialah seorang daripada empat anggota polis dipecat selepas tersebar rakaman video menunjukkan Floyd yang digari terbaring di atas jalan raya sambil Chauvin menekankan lututnya pada leher lelaki itu selama sekurang-kurang lima minit, Isnin lalu.

Insiden kematian Floyd, 46, mencetuskan tunjuk perasaan selama berhari-hari yang kadang-kadang menjadi ganas di Minneapolis dan bandar lain di Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah kekejaman polis terhadap warga Afrika-Amerika.

Setakat ini, beratus-ratus kedai telah dirosakkan dan sebuah balai polis dibakar.

“Bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin, telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh,” kata pendakwa raya county Hennepin, Mike Freeman, kepada pemberita.

Senator Minnesota, Amy Klobuchar, turut memuji tindakan menahan Chauvin yang disifatkan sebagai ‘langkah pertama ke arah keadilan’

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");