Panasnya Hari Ini

Kenderaan Bawa Ketua Pembangkang DUN Kedah Keluar Wisma Darul Aman

ALOR SETAR: Kenderaan membawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat keluar meninggalkan Wisma Darul Aman pada jam 10.40 pagi tadi.

BH Online melaporkan beberapa kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS juga dilihat keluar beberapa minit selepas itu.

Difahamkan, semua mereka baru selesai mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Majlis mengadap itu diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Ia susulan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri ini, Selasa lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");