Berita Hari Ini

Kerajaan Benar Ahli Program Malaysia Rumah Keduaku Kembali Ke Negara Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini memberi kebenaran kepada ahli program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang terkandas di luar negara untuk kembali ke negara ini, mulai esok.

BH Online melaporkan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata menerusi rekod kementeriannya mendapati seramai 253 ahli MM2H berserta tanggungannya membuat permohonan untuk kembali ke negara ini.

“Dengan itu, kerajaan membuat keputusan terbaik bagi membenarkan semula ahli MM2H untuk kembali ke negara ini selepas mereka terkandas di luar negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, susulan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin dan berkongsi kesukaran yang dialami ahli MM2H namun berharap mereka dapat memahami sebabnya.

“Kita berharap, mereka memahami cabaran dihadapi Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19 yang merebak pantas ke seluruh negara.

“Justeru Malaysia terus memberi keutamaan untuk melindungi rakyat serta komuniti MM2H dan mengawal sempadan negara bagi memastikan ia terlindung daripada virus terbabit,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mematuhi semua keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk menjalani saringan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kuarantin 14 hari di pusat kuarantin kerajaan dengan kos penginapannya ditanggung mereka sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");