Panasnya Hari Ini

Ketua Srikandi keluar PKR

EXCO Majlis Pimpinan Wanita PKR, Nurainie Haziqah Shafii mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti berkenaan.

Dalam pada itu, Nurainie Haziqah yang juga Ketua Srikandi PKR turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan keputusan itu dibuat selepas tiada lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju PKR ketika ini.

“Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini (Ahli Majlis MBPJ) atas kapasiti saya selaku ahli PKR.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli PKR yang memberi mandat kepada saya sebagai EXCO Majlis Pimpinan Wanita Pusat, pada Pemilihan PKR lalu.

“Penghargaan juga kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Sayuthi Bakar kerana memberi kepercayaan dan kerjasama sepanjang saya menjadi ahli PKR dan Ahli Majlis MBPJ,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform sebagai seorang peguam serta memberi komitmen penuh kepada usaha membantu golongan memerlukan.

“Prinsip ini saya junjung sejak menjadi aktivis bermula di universiti dan kemudian menubuhkan pelbagai platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif sehingga kini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");