Panasnya Hari Ini

Khalid Belum Dipanggil Polis, Hairan Najib Miliki Gambarnya Dengan ‘Broker’ Dikait Rasuah

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata beliau sehingga kini belum dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan aduan sebuah syarikat arkitek berhubung dakwaan rasuah.

Katanya, berdasarkan siasatan sehingga membawa kepada penahanan setiausaha politiknya dan beberapa individu lain, namanya tidak disebut terbabit dalam kes rasuah tersebut.

“Saya belum di panggil, tapi dalam siasatan mengikut setiausaha politik saya, nama saya tidak disebut dalam kes ini,” katanya ketika sidang media di Pejabat Ahli Parlimennya, hari ini.

Khalid sekali lagi menegaskan isu itu berlaku apabila syarikat arkitek berkenaan diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh seorang “broker” yang menerima bayaran selepas menjaja nama bekas pembantunya yang dikenalinya sebagai “Haji Azli” atau nama sebenar Azli Yusuf.

Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau juga hairan apabila Najib Razak mempunyai gambar beliau bersama “broker” yang dituduh itu, sedangkan beliau tidak mempunyai simpanan sepertimana didedah bekas perdana menteri itu memetik FMT.

“Saya harap ia selesai kalau dipanggil, saya akan beri keterangan sepertimana yang sepatutnya tapi saya pelik gambar datuk itu (broker) dan isterinya ada pada Najib dan dia tweet gambar datuk itu.

“Saya hairan gambar-gambar yang saya tidak ada, termasuk datuk itu datang majlis jamuan raya, dia tunggu saya masuk kereta, ada pada Najib pelik betul. Mungkin geng dia kot,” katanya.

Sebelum ini Khalid mengesahkan bekas setiausaha politiknya ditahan polis semalam susulan aduan sebuah syarikat arkitek berhubung dakwaan rasuah ketika beliau menjadi menteri.

Najib sebelum ini mendedahkan beberapa gambar Khalid bersama broker yang dituduh dalam aktiviti rasuah itu namun dinafikan pemimpin Amanah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");