Berita Hari Ini
Like

KKM kesan 3 kluster baru Covid-19 di Pahang

May 31, 2020
547 Views
0 Comments
1 minute read
KKM kesan 3 kluster baru Covid-19 di Pahang

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengenal pasti 3 lagi kluster baru Covid-19 di Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 3 kluster itu melibatkan kilang papan dan syarikat pembinaan masing-masing di Maran serta sebuah ladang di Bera.

Menurutnya, semua kes yang dikesan positif wabak tersebut di ketiga-tiga kluster itu melibatkan pekerja warga asing.

“Ladang di Bera merekodkan 7 kes positif, kilang papan di Maran 6 kes dan syarikat pembinaan di Maran libatkan 2 kes.

“Semua 15 kes yang dikesan positif iti melibatkan bukan warganegara,” katanya pada sidang media.

Hisham berkata, kes positif di ketiga-tiga kluster itu dikesan selepas pejabat kesihatan menjalankan persampelan secara rawak.

“Sebahagian tindakan pejabat kesihatan untuk laksanakan persempelan secara rawak dan kita dapati ada yang positif.

“Bila ada kes positif kita segera lakukan pengesanan kes dan mereka yang didapati positif diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Katanya, punca dan jangkitan sebenar masih lagi disiasat termasuk membabitkan jangkitan di depot tahanan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.