Berita Hari Ini

KPPK, CPOPC Bincang Isu Industri Sawit

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) membincangkan pelbagai isu berkaitan industri sawit negara dengan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam satu pertemuan di sini, semalam.

Menurut BH Online, KPKK dalam kenyataan hari ini berkata, Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerima kunjungan hormat Pengarah Eksekutif CPOPC, Tan Sri Dr Yusof Basiron yang disusuli dengan perbincangan beberapa perkara berkaitan.

Ini termasuk membabitkan aspek komitmen serta tindakan Malaysia dalam memperjuangkan isu berkaitan kempen anti-minyak sawit dalam usaha menjaga kepentingan industri sawit.

“Turut dibincangkan adalah mengenai cadangan mengatasi isu berkaitan harga minyak sawit mentah rendah yang memberi kesan kepada pihak berkepentingan terutama pekebun-pekebun kecil dan pihak industri selain usaha mempertingkat kerjasama Malaysia dengan CPOPC,” katanya.

CPOPC adalah organisasi pengeluar sawit yang ditubuhkan bersama oleh Malaysia dan Indonesia pada 2015 bagi memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan industri sawit.

Indonesia dan Malaysia yang masing-masing sebagai negara pengeluar terbesar dan kedua terbesar di dunia, juga sentiasa berusaha mencari kesepakatan dalam membangunkan industri sawit dan menjaga kepentingan industri terbabit di kedua-dua negara.

Selain itu, Columbia dan Ghana dijangka akan menyertai CPOPC secara rasmi dalam tempoh terdekat ini.

Malah, beberapa negara lain turut menunjukkan minat untuk menganggotai CPOPC yang kini dipengerusikan oleh Malaysia bagi tempoh sehingga 31 Disember 2020.

Dalam pada itu, KPPK turut menzahirkan penghargaan kepada Sekretariat CPOPC dan berharap ia akan terus menjadi jambatan bagi hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");