Perak Hari Ini

Lanjutan PKPB Beri Ruang KKM Perkemas Gerak Kerja- Timb Menteri Kesihatan

BAGAN SERAI- Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ruang pada kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperkemaskan gerak kerja dalam usaha mengurangkan kes jangkitan wabak Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tempoh sambungan PKPB selama sebulan sebenarnya memberi sedikit keselesaan kepada kerajaan dan KKM untuk memerangi wabak itu.

“Keputusan yang diumumkan Perdana Menteri sememangnya amat tepat dan tempoh masa yang agak panjang itu membolehkan kerajaan dan KKM memperkemaskan lagi gerak kerja dari pelbagai sudut dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

“Apa yang membimbangkan kerajaan adalah apabila pekerja-pekerja industri dilepaskan ditambah pula dengan kepulangan pelajar dan rakyat dari luar negara ke tanah air.

“Kebimbangan utama kita adalah sejauh mana kita boleh laksanakan PKPB ini dan sejauh mana rakyat patuh sistem operasi standart (SOP) yang disarankan kerajaan,” katanya ditemui media selepas menyerahkan 400 bungkus juadah Iftar Ramadan Drive Thru di Kampung Selamat, Bukit Merah, disini, hari ini.

Tambahnya lagi rakyat disaran agar berkerjasama dengan kerajaan dengan terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup muka dan ‘hand sanitizer’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");