Berita Hari Ini

Leka buat aksi ‘wheelie’ dan ‘zig zag’, dua remaja ditahan polis

TELUK INTAN- Leka melakukan aksi ‘zig zag’ dan mengangkat tayar hadapan motosikal tanpa memakai topi keledar, dua remaja ditahan dalam Ops COVID-19 di Pekan Langkap, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata dalam kejadian pada 6 petang itu, penunggang dan pembonceng motosikal EX5 yang masing-masing berusia 17 tahun, melakukan aksi yang nyata boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Remaja terbabit tidak menyedari perbuatan mereka diperhatikan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak.

“Polis segera mengekori mereka dan mengarahkan mereka berhenti untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Marzukhi berkata, kedua-dua remaja terbabit ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");