Berita Hari Ini

Lelaki Ditahan Jual Mercun

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki kerana menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan di Taman Nuri, di sini, semalam.

BH Online melaporkan, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan anggota dari Balai Polis Alor Setar, jam 7 malam ketika sedang menunggu pelanggan di kawasan itu.

Turut ditemui sejumlah mercun dan bunga api disimpan dalam but dan tempat duduk belakang kereta Proton Wira milik suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

Beliau berkata, kesemua mercun dan bunga api yang dirampas dianggarkan bernilai RM7,000.

“Hasil siasatan mendapati, lelaki itu tidak mempunyai rekod terbabit dalam kegiatan penjualan mercun sebelum ini.

“Penjualan mercun perlu mendapat permit dari polis, namun setakat ini tiada permohonan dibuat untuk penjualan mercun tahun ini,” katanya.

Mohd Rozi berkata, ini adalah kes pertama membabitkan tangkapan mercun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika musim perayaan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");