Berita Hari Ini

Lepak Ramai-Ramai Di Pantai, Tidak Ikut SOP

DUNGUN – Rondaan keselamatan anggota polis sepanjang sambutan Hari Raya pertama di kawasan pantai Teluk Lipat di sini mendapati segelintir orang awam memilih kawasan ini untuk ‘menyambut’ Hari Raya di sini semalam.

Menyedihkan lagi, majoriti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan melepak dan bersantai beramai-ramai tanpa mengamalkan penjarakkan sosial, tidak memakai topeng muka serta membawa kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya hanya memberi nasihat dan meminta mereka beredar tanpa mengenakan sebarang kompaun.

Anggota bertugas sedang memberi nasihat kepada salah sebuah keluarga yang ditemui sedang bersiar-siar di kawasan pantai Teluk Lipat, Dungun di sini semalam. - Foto Ihsan Facebook IPD Dungun
Anggota bertugas sedang memberi nasihat kepada salah sebuah keluarga yang ditemui sedang bersiar-siar di kawasan pantai Teluk Lipat, Dungun di sini semalam. – Foto Ihsan Facebook IPD Dungun

“Tetapi, tindakan kompaun akan dikenakan jika masih ada berdegil selepas ini.

“Orang ramai harus ingat mereka sedang menyambut Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa dan perlu mematuhi SOP ditetapkan.

“Jadi, kami akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di lokasi tumpuan ramai seperti di kawasan pantai dan rekreasi bagi mengelak perhimpunan demi memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Baharudin berkata, selain itu, pihaknya akan melakukan rondaan di kawasan perumahan dan kampung bagi memastikan orang ramai SOP ditetapkan memandangkan aktiviti ziarah raya hanya dibenarkan satu hari sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");