Perak Hari Ini

Mantan Exco, Mohammad Zahir Dilantik Speaker Perak Baru

IPOH- Mantan Exco Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Neeri (DUN) Perak yang baru menggantikan Datuk Ngeh Koo Ham.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencadangkan nama mantan Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri itu dan disokong ADUN Kota Tampan , Datuk Saarani Mohamad ketika persidangan yang tertangguh tadi diteruskan semula.

Mohammad Zahir yang menjadi ADUN Kamunting dan Exco selama dua penggal sejak 2008 kalah kepada PKR pada pilihan raya umum 2018.

Sementara itu, ADUN Kota Tampan mengusulkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri digantikan dengan mencadangkan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Usul tersebut disokong ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan mendapat sokongan sebulat suara.

Terdahulu, Koo Ham yang juga ADUN Beruas telah mengumumkan melepaskan jawatan Speaker.

Dewan dipengerusikan sementara oleh, ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");