Berita Hari Ini

“Masjid Di Malaysia Pun Kita Rindu, Apatah Lagi Di Madinah” – Masjid Nabawi Sudah Dibuka Hari Ini, Foto Jemaah Solat Subuh Undang Sebak

Arab Saudi mengumumkan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat bermula hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulang kicau beberapa keping foto umat Islam sedang menunaikan solat subuh di sana.

“Pembukaan Masjid Nabawi secara berperingkat bermula Solat Subuh tadi,” tulis Dr. Zulkifli ringkas menerusi satu kicauan.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

?@drzul_albakri

Pembukaan Masjid Nabawi secara berperingkat bermula Solat Subuh tadi. https://twitter.com/OKAZ_online/status/1266940998757867520 

?? ?? ?? ?? ?? ?? ?? ? ?

?@OKAZ_online

#??????_?????? ???? ???? ??????? ??????? ??? ????? ????? ???????? #???? #??_????_????#????_60????#????_60_????https://www.okaz.com.sa/news/local/2026355#.XtMoYhwJ-n4.twitter 

View image on Twitter
View image on Twitter
View image on Twitter
View image on Twitter
6,091 people are talking about this

Menerusi foto tersebut, kelihatan beberapa lelaki menangis menadah tangan berdoa sebagai tanda bersyukur di atas pembukaan masjid kebanggaan masyarakat Islam tersebut.

Meninjau ruangan balas, rata-rata wargamaya turut memanjatkan kesyukuran selepas masjid tersebut ditutup sepanjang Ramadan.

Berdasarkan laporan Arab News, masjid di serata negara itu, kecuali di Makkah, akan membuka ruangnya semula kepada jemaah sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan perintah berkurung yang dikuat kuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

Saudi Gazette pula melaporkan bahawa langkah berjaga-jaga yang ketat akan dilaksanakan, termasuk dengan mengehadkan bilangan jemaah sehingga 40 peratus untuk satu-satu masa.

Selain itu, mereka yang di bawah 15 tahun dilarang menunaikan solat di masjid dan jemaah dituntut memakai pelitup muka serta elak berjabat tangan.

Menteri bagi Ehwal Agama, Dr Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh sebelum ini mengumumkan bahawa semua masjid kerajaan itu kini bersedia menyambut jemaah selepas membuat tinjauan persiapan yang dilakukan.

“Sepanjang pemeriksaan yang dibuat, kami mendapati semua masjid kini selesai membuat persiapan dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Kementerian juga menyarankan jemaah yang berada masjid supaya membaca al-Quran di telefon pintar masing-masing atau membawanya dari rumah, selain menggunakan sejadah sendiri, patuh penjarakan sosial dua meter dan dilarang bersesak di pintu masjid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");