Perak Hari Ini

MBI PBT Pertama Di Perak Jalankan Mesyuarat Atas Talian

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak yang menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat secara atas talian, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam satu kenyataan, MBI memaklumkan mesyuarat tersebut melibatkan 13 agensi teknikal luar antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Lembaga Air Perak (LAP) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.

Tambahnya mesyuarat sama turut melibatkan sembilan agensi teknikal di bawah MBI seperti Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Kerja Awam, serta Jabatan Kawalan Pembangunan dan Jabatan Landskap.

Katanya, menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang melanda negara dan khususnya Bandaraya Ipoh telah memberi impak besar kepada kelembapan ekonomi.

“Sehubungan dengan itu, MBI selaku PBT utama di negeri Perak harus peka dengan situasi semasa dan perlu mengorak langkah untuk mempermudahkan urusan kelulusan pelan-pelan pembangunan di bawah kawasan pentadbirannya bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan fizikal di Ipoh serta membantu penggiat industri di sektor pembinaan.

“inisiatif ini adalah seiring dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk menggerakkan ekonomi agar penggiat industri di sektor ini boleh bertahan pada situasi sukar dan getir pada ketika ini.

“Usaha ini juga secara tidak langsung dapat mengelakkan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran dan memberi implikasi sosial kepada negara,” kata kenyataan itu, hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya aspek kualiti dan keselamatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai penutup muka tetap diutamakan.

“Semoga inisiatif ini akan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan Bandaraya Ipoh khususnya serta menjadi penanda aras kepada PBT lain di negeri ini untuk turut melaksanakan inisiatif seumpama ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");