Perak Hari Ini

MBI Terima Tajaan, Bantu Cegah Penurlaran Covid-19

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima tajaan berupa 100 helai Pakaian perlindungan diri (PPE) dan lima botol bahan pembasmi kuman ‘Effervercent Chlorine Disinfectant Tablet’ daripada Lion Club International.

Menerusi satu kenyataan, tajaan tersebut merupakan usaha bagi membantu MBI dalam menangani penularan wabak Covid-19 di bandar raya ini.

Acara penyerahan itu disempurnakan District Governor 308 B2, Lions Club International, Lion Lim Kok Peng dan Pengarah Kanan Perkhidmatan Dan Operasi, Musa Dun yang juga mewakili MBI, di Bangunan MBI, dekat sini hari ini.

 

Dalam pada itu, Musa berharap agar lebih ramai pihak dapat tampil ke hadapan dalam menyumbangkan barangan kesihatan seumpama itu.

“Usaha itu bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan terhindar daripada wabak Covid-19 ini.

“Semoga kerjasama berpasukan antara pihak MBI dan Lion Club International ini akan menjadi pemangkin untuk menjadikan Ipoh Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju,”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");