Berita Hari Ini

Media Perlu Patuh SOP Penjarakan Sosial Ketika Bertugas

KUALA LUMPUR: Pengamal media yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka juga tertakluk dengan peraturan penjarakan sosial tidak kira bila dan di mana saja liputan dibuat.

“Saya memohon pengamal media jika ingin membuat laporan berita tolong patuhi SOP termasuk penjarakan sosial dilakukan.

“Media pun tahu ia asas SOP, kalau nampak kawasan itu sempit, tak perlu masuk lagi membahayakan diri,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat menteri-menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.

Beliau berkata, kerajaan menasihatkan penganjur menyediakan ruang secukupnya kepada pengamal media untuk membuat liputan atau boleh mengehadkan kehadiran mereka pada satu-satu majlis memetik Harian Metro.

“Saya setuju penganjur kalau nak panggil pengamal media mesti sediakan tempat bertanda. Jika kawasan sempit, mereka hadkan jumlah media yang perlu hadir. Kita arahkan penganjur buat SOP khusus kepada pengamal media,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");