Berita Hari Ini

Mengarut… Mana Ada Telur Plastik

TAIPING: Hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama ‘klasik’ keluaran Heap Soon Farming Sdn Bhd, yang didakwa warganet diperbuat daripada plastik disahkan sebagai telur ayam.

DVS berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan susulan dan menjalankan siasatan ke ladang ayam penelur Heap Soon Farming di Trong, Taiping, Perak dan stor simpanan syarikat di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, susulan tular video telur jenama ‘klasik’ yang didakwa oleh seorang warganet diperbuat daripada plastik.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, DVS sudah mengambil beberapa sampel telur jenama “klasik” keluaran Heap Soon Farming untuk dijalankan ujian pengesanan ketulenan, di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV), Sepang.

“Hasil keputusan ujian ke atas sampel telur itu dengan menggunakan kaedah PCR-RFLP mendapati DNA ayam dikesan dan menunjukkan telur-telur berkenaan adalah telur ayam,” katanya.

Ladang ayam penelur Heap Soon Farming adalah ladang ayam yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, di bawah Enakmen Perladangan Unggas, Negeri Perak 2005 dan memiliki sijil pengiktirafan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

DVS turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk dan melaporkan kepada jabatan itu, untuk pengesahan atau penjelasan di atas sebarang kemusykilan atau kesangsian berhubung perkara berkaitan lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");