Berita Hari Ini

Menteri Saran Bank Pertimbang Lupus Kaedah Faedah Pinjaman

PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz menyarankan institusi kewangan yang terlibat dalam moratarium mempertimbangkan untuk melupuskan kaedah faedah pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, selepas rakyat mempertikaikan perkara berkenaan.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar disebabkan wabak Covid-19, katanya, Kementerian Kewangan sedia bekerjasama dengan Bank Negara dan sektor perbankan bagi memastikan saranan itu dapat dilaksanakan.

“Sejak kebelakangan ini, media massa dan warganet banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman. Namun yang demikian, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman.

“Setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Bank Negara menegaskan tiada perubahan dalam dasar moratorium 6 bulan ke atas pembayaran balik pinjaman sewa beli dan pembiayaan berkadat tetap Islam, susulan kekeliruan dalam kalangan orang awam mengenai pengumumannya semalam.

Timbalan Gabenor Jesicca Chew Cheng Lian berkata, individu tidak perlu memohon moratorium tetapi bank perlu mematuhi Akta Sewa Beli dan mendapatkan persetujuan daripada pelanggan. Bank juga akan menghubungi pelanggan bagi memberi panduan tentang langkah yang perlu diambil.

Menurut Akta Bank Negara, isu membabitkan moratorium tertaktuk bawah bidang kuasa Bank Negara dan ia juga sudah mengadakan sidang media menjelaskan kekeliruan yang dibangkitkan dan dihadapi peminjam.

“Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat. Bank Negara pada 1 Mei juga sudah menerbitkan di laman web Bank Negara dokumen ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang dikemaskini,” katanya.

Memetik FMT Tengku Zafrul berkata kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 serta mengambil berat mengenai perkara itu.

“Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan 40% pertengahan (M40), dan mengambil berat perkara ini. Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");