Berita Hari Ini

Pelantikan Muhyiddin Sebagai PM Dibuat Dengan Telus Dan Adil – Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BH Online melaporkan Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda mengadakan sesi pertemuan dengan Ahli Dewan Rakyat pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka, selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Titah Al-Sultan Abdullah, pada 29 Februari, baginda juga menitahkan semua wakil parti yang mempunyai calon dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri dan melanjutkan masa untuk mereka membuat perhitungan secara demokrasi.

“Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.

“Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");