Membawang Hari Ini

Nora Danish Sebak Khatam Al-Quran 9 Malam Terakhir Ramadan

Nora Danish tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila berjaya khatam Al-Quran pada sembilan malam terakhir bulan kemuliaan Ramadan. Nora mengakui tidak mudah untuk khatam, malah tidak percaya berjaya melakukannya.

Menurut Nora, dia tergerak hati mengaji Al-Quran selepas melihat beberapa rakan artis berjaya khatam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, dia sudah lama menyimpan niat untuk khatam, namun sibuk dengan jadual kerja yang padat.

“Ya Allah, syukur alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.

“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat.

“Nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadinya saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji,” katanya.

Kata Nora, dia mengakui pada awalnya sukar untuk menghabiskan sehelai muka surat, namun lama-kelamaan dia berasa seronok sehingga tidak sabar untuk membacanya dan pernah membaca sebanyak 150 muka surat dalam sehari.

“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama2 lima muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.

“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");