Perak Hari Ini

PAFA Lancar Stor Atas Talian

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) tidak menafikan bahawa penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara memberi kesan kepada persatuan.

Setiausaha Kehormatnya, Mohamad Azlin Mohd Nadzri berkata susulan penangguhan Liga Malaysia akibat daripada wabak tersebut PAFA turut menerima kesannya dari segi kewangan.

“Wabak yang membelenggu negara ini telah mengakibatkan Liga Malaysia ditangguhkan dan sudah tentu semua pasukan terlibat turut merasai kesannya terutamanya dari sudut kewangan.

“Oleh itu, PAFA harus mengambil langkah proaktif dalam memastikan kelestarian dan kesinambungan pasukan terjaga selain terus mendekatkan pasukan dengan peminat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya susulan daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan bagi membendung COVID-19, PAFA telah melancarkan platform stor atas talian baru-baru ini.

Jelasnya, stor atas talian tersebut membolehkan para penyokong Skuad The Bos Gaurus di seluruh negara boleh mendapatkan barangan rasmi pasukan tanpa perlu hadir ke stor fizikal di sini terutamanya dalam tempoh PKPB.

“Segala barangan rasmi pasukan seperti pakaian dan cenderamata akan dijual di laman sesawang khas yang disediakan buat semua peminat The Bos Gaurus iaitu store.peraktbg.my.

“Peminat tidak lagi perlu berasa runsing untuk mendapatkan barangan rasmi dan asli secara terus daripada pihak PAFA.

“Ini juga merupakan satu langkah yang diambil PAFA untuk memperkukuh kedudukan Perak sebagai salah satu pasukan utama di negara ini,” katanya.

Tambah beliau, sejak dilancarkan, PAFA telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada kalangan peminat pasukan bola sepak Perak dari seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");