Berita Hari Ini

Pantau Restoran, Tutup Premis Langgar SOP

KUALA LUMPUR: Pemantauan ketat perlu dilakukan bagi memastikan restoran atau gerai makanan yang dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei ini mengikut syarat ditetapkan kerajaan.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, walaupun restoran dibenarkan beroperasi seperti biasa, pemilik perlu akur dengan arahan.

“Memang sejak penularan Covid-19 ini ramai peniaga terjejas, namun penting bagi mereka (pemilik restoran) tegas dalam memastikan pelanggan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Pelanggan juga perlu memainkan peranan bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, tindakan tegas juga harus diambil ke atas premis yang tidak mengikuti arahan.

“Mana-mana premis yang langgar arahan, terus ambil tindakan tutup premis berkenaan. Kita kena tegas, tidak boleh ambil mudah dan bersama-sama menjaga negara,” katanya yang menjangkakan keadaan akan pulih sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.

Sementara itu memetik Harin Metro beliau berkata, bagi mereka yang menjalankan perniagaan di medan selera pula diharap membuat sistem bungkus dan bawa balik.

“Saya lihat pengawalan di medan selera agak lemah dan ada pelanggan yang sukar untuk mematuhi arahan penjarakan sosial,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");