Perak Hari Ini

Parti Komponen PH Telah Khianati Tun Mahathir, Ahmad Faizal – Armada Bersatu Perak

IPOH: Armada Bersatu Perak menolak sebarang usaha yang mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata ia kerana sewaktu bersama PH, parti-parti komponen lain yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) telah mengkhianati Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata beliau, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti itu terutamanya DAP dan PKR tidak henti-henti telah mendesak agar Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandang ketika itu.

“Pakatan Harapan juga di peringkat awalnya mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku calon Perdana Menteri namun membuat ‘U Turn’ atau ‘pusingan U’ menyokong kembali Tun Dr Mahathir.

“Ia setelah melihat sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah,” katanya dalam satu kenyataan bersama semua ketua Armada Bersatu Bahagian seluruh Perak hari ini.

Selain itu, kata beliau parti komponen PH khususnya DAP turut telah mengkhianati Bersatu dengan cuba mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini.

“Antara bukti jelas pengkhianatan parti komponen Pakatan Harapan terhadap Bersatu ialah rakaman video seorang ADUN DAP Perak yang membuat rancangan jahat untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu selaku Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak semasa Kerajaan Pakatan Harapan Perak memerintah,” ujarnya.

Justeru Mohd Hafez berkata Armada Bersatu Perak berikrar akan terus bekerja kuat untuk Bersatu dan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Armada Bersatu Perak menyokong penuh kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional.

“Armada Bersatu Perak juga menyokong atas segala usaha Tan Sri Presiden Bersatu dalam memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional,” tambah beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");