Berita Hari Ini

Pastikan tidak ada PATI bolos di lorong tikus

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperketatkan sempadan negara khususnya di ‘lorong-lorong tikus’ untuk memastikan tiada pendatang tanpa izin (PATI) cuba bolos masuk ke Malaysia selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri S Yaakob, berkata kehadiran PATI untuk masuk semula ke negara ini dibimbangi apabila banyak sektor perkilangan beroperasi semula di dalam negara.

“Kerajaan mengeluarkan arahan kepada agensi penguatkuasaan di sempadan supaya memperketatkan kawalan di situ, khususnya di lorong tikus untuk menyekat kemasukan PATI.

“Kemasukan mereka ini amat dibimbangi kerana kita takut, mereka ini akan datang semula ke negara selepas sektor perkilangan akan dibuka semula selepas hari raya,” katanya pada sidang akhbar harian, tadi.

Katanya, antara lokasi sempadan yang akan diperketatkan adalah di Pantai Barat Semenanjung, sempadan Malaysia-Thailand, sempadan Sarawak dan sempadan Sabah.

Katanya, pihak penguatkuasaan di sempadan ketika ini sudah berjaya menahan seramai 287 PATI dan 28 tekong yang cuba memasuki negara ini secara haram memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");