Berita Hari Ini

Pekerja asing di KL sasaran saringan terbaru Covid-19

PEKERJA asing kini adalah kumpulan terbesar yang menjadi sasaran saringan Covid-19 dibuat Kementerian Kesihatan kerana mereka berisiko tinggi dijangkiti wabak kerana tempat tinggal sempit dan berhimpit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Masalah utama adalah selalunya mereka duduk satu rumah ramai orang.

“Dan kerana mereka berkerja dalam sektor berbeza, mereka senang menjangkiti satu sama lain (dan sektor berbeza),” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bagaimana pekerja asing industri pembinaan berisiko dijangkiti Covid-19 dan mengapa KKM mensasarkan saringan kumpulan itu.

Satu lagi kluster jangkitan pekerja asing adalah pekerja Pasar Borong KL di Selayang.

“Misalnya, ada yang tinggal bersama bekerja dalam industri pembinaan dan ada juga yang bekerja di pasar borong di Kuala Lumpur dan Selayang.

“Tetapi buat masa sekarang, kami hanya mensasarkan pekerja asing dalam zon merah di Lembah Klang.”

Katanya, tiada laporan pekerja asing dalam zon hijau dijangkiti.

Menurut data terbaru, 109 daripada 182 kes positif Covid-19 kluster pasar borong adalah pekerja asing.

Manakala, 36 daripada 52 kes di Selayang Baru, kawasan sekitar pasar borong itu uuga adalah warga asing.

Dr Noor Hisham berkata KKM sudah menjalankan ujian terhadap 22,339 pekerja asing, daripada jumlah itu 986 orang positif.

“Daripada jumlah itu, 457 masih dirawat dan 525 sudah pulih. Empat dalam ICU dan ada empat kematian melibatkan warga asing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");