Perak Hari Ini

Pelajar UPSI Positif Covid-19: Daripada 92 Sampel, Lima Negatif

IPOH: Sehingga pagi tadi sebanyak 92 sampel ujian makmal Covid-19 telah diambil daripada kontak rapat dua kes pelajar positif wabak tersebut di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata sampel terdiri daripada rakan pelajar, pihak pengurusan dan kakitangan UPSI.

“Buat masa ini, sebanyak lima sampel telah didapati negatif untuk Covid-19 manakala keputusan ujian bagi sampel yang selebihnya masih belum diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malam tadi, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebook mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) daerah itu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan menerusi Operasi Penghantaran Pulang Pelajar IPT.

Kenyataan itu turut memaklumkan aktiviti saringan pengesanan kontak rapat positif Covid-19 telah dijalankan.

Mengulas lanjut, Lay Ming berkata pada Selasa, PKD Muallim telah dimaklumkan Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak berkenaan dua kes positif Covid-19 dalam kalangan pelajar tersebut.

“Kedua-dua pelajar tersebut telah dihantar pulang pada 6 Mei lalu dan telah disaring pada hari yang sama. Mereka seterusnya didapati positif pada 11 Mei oleh pihak JKN Sabah.

“Berikutan daripada notifikasi kes tersebut, PKD Muallim telah menghubungi pengurusan UPSI untuk menjalankan aktiviti penyiasatan kes dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

“Ia bagi menentukan punca jangkitan dan tahap penularan jangkitan dalam kalangan warga UPSI,” jelasnya.

Tambah beliau, ia merupakan sebahagian dari prosedur standard dalam pengendalian wabak jangkitan tersebut yang dijalankan di lapangan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");