Membawang Hari Ini

Pelakon Tak Mengaku Pikat Isteri Orang, Ajak Melakukan Persetubuhan

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Monalisa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin lalu.

Harian Metro melaporkan tertuduh, Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, memakai baju t shirt belang hitam kelabu membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memikat wanita yang diketahui isteri yang sah kepada seorang lelaki untuk melakukan persetubuhan dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Sering, Ukay jam 8 malam Isnin lalu.

Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa yang meminta mahkamah menawarkan wang jaminan RM6, 000 sementara tertuduh diwakili peguam Harcharanjit Singh.

Harcharanjit bagaimanapun meminta wang jaminan RM2, 000 kerana tertuduh seorang artis dan mendapat liputan meluas yang tiada alasan untuk dia melarikan diri.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2, 300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes 5 Ogos ini.

Sebelum ini, pelakon itu turut terbabit dalam drama Hero yang berkisar mengenai bomba.

Rabu lalu, media sama melaporkan pelakon berusia 23 tahun berkenaan ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan pada 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");