Panasnya Hari Ini

Pemimpin DAP Salahkan Dr M Punca Kerajaan PH Tumbang

PETALING JAYA: Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP hari ini menyalahkan Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis politik yang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa pada Februari dan tumbangnya kerajaan negeri yang dipimpin gabungan itu.

Ronnie Liu, yang secara terbuka mengkritik bekas perdana menteri pada masa lalu, berkata tiada masalah jika Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata tiada masalah jika Mahathir menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong, dan jika negarawan veteran itu tidak mencadang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa PH dan parti politik lain.

“Akhirnya, kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Tun M sendiri,” katanya, merujuk kepada PPBM.

Dalam catatan Facebook, beliau merujuk bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan Presiden Muhyiddin Yassin.

Beliau menambah PPBM menolak cadangan akta anti-melompat parti yang mengelak kejatuhan kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan Kedah memetik FMT.

“Tun M lah yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan beliau belum lagi mengaku kesilapannya dan belum meminta maaf kepada rakyat.”

PPBM menarik diri dari PH selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari, mencetuskan krisis yang menyaksikan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk mengetuai kerajaan yang terdiri daripada Umno dan PAS.

Ucapan Liu dibuat susulan tersebarnya rakaman audio mesyuarat terakhir PH pada Februari di mana menteri dan pemimpin parti secara terbuka bertelagah mengenai tempoh Mahathir sebagai perdana menteri.

Rakaman selama 2 jam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Feb lalu menunjukkan 2 puak, 1 bertegas tempoh jelas untuk Mahathir memberi laluan kepada Anwar dan 1 lagi kumpulan berpendapat perbincangan peralihan kuasa menjejaskan kredibiliti PH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");