Berita Hari Ini

Pendandan Rambut Hadapi Masalah Kewangan Gesa Bank Negara Longgar Syarat Pinjaman

PETALING JAYA: Pendandan rambut yang tidak memperoleh sebarang pendapatan sejak 2 1/2 bulan lalu berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan Covid-19 merayu bantuan Bank Negara (BNM), menggesa bank pusat itu melonggarkan syarat membolehkan mereka membuat pinjaman supaya perniagaan mereka terus bertahan.

Timbalan Presiden Persatuan Pendandan Rambut Kuala Lumpur dan Selangor, Akilan Anandakrishnan berkata, ramai pendandan rambut berada di ambang penutupan dan memerlukan pinjaman itu untuk terus bertahan.

Ramai yang sudah memohon pimjaman dan permohonan mereka ditolak, tambah Akilan.

“Pendandan rambut merayu BNM menyemak semula terma dan syaratnya agar permohonan kami dapat diluluskan secepat mungkin,” katanya kepada FMT.

Salon rambut adalah antara perniagaan yang ditutup sejak pertengahan Mac selepas pelaksanaan PKP, yang pada asasnya menutup sebahagian besar aktiviti awam.

Walaupun kebanyakan pernigaan dibenarkan dibuka semula di bawah PKPB mulai 4 Mei, pendandan rambut masing menunggu “lampu hijau”.

Pada masa sama, Akilan berkata, sewa dan gaji pekerja mesti terus dibayar.

“Kami tidak memperoleh pendapatan tapi perbelanjaan kami masih berjalan.”

Beliau berkata pendandan rambut baru-baru ini mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di mana senarai cadangan prosedur operasi standard (SOP) diserahkan.

SOP itu merangkumi:

  • Pemeriksaan suhu untuk semua pelanggan
  • Semua pelanggan dan pendandan rambut memakai topeng muka 3 lapis
  • Pendandan rambut merakam perincian setiap pelanggan
  • Waktu operasi terhad
  • Kerusi dan kawasan permukaan yang lain dibersihkan selepas setiap pelanggan dilayan

Akilan berkata, pendandan rambut memahami kelewatan pengumuman tarikh operasi baru kerana kerajaan perlu memastikan semua aspek keselamatan dilaksanakan sebelum ia dibenarkan dibuka semula.

Bagaimanapun, beliau mengulangi ramai yang mula kehabisan wang.

“Sesetengahnya sudah menutup perniagaan mereka. Kami berharap BNM akan campur tangan dan mengadakan perbincangan dengan bank mengenai cara-cara untuk kami memohon pinjaman.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");