Perak Hari Ini

Pengamal Media Perlu Aplikasi SOP Terbaik Ketika Bertugas Di Lapangan- Timb Menteri Kesihatan

BAGAN SERAI- Para pengamal media dinasihatkan agar lebih peka dan tidak melanggar sistem operasi standart (SOP) ketika menjalankan tugas di lapangan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, beliau sememangnya prihatin dengan tugasan pengamal media malahan turut mencadangkan agar para pengamal media berkerjasama dan melakukan tugasan secara bergilir-gilir ketika merakam gambar arau video.

Tambahnya, bagi pihak yang ditemuramah pula termasuk dirinya turut disaran memberikan sedikit masa sewaktu gambar atau video dirakam bagi membolehkan setiap pengamal media memperolehi rakaman atau sudut yang mereka inginkan.

“Mengulas tular gambar media yang ditularkan semalam saya menasihatkan dan mencadangkan agar pengamal media perlu berkerjasama dan bergilir-gilir ketika mahu merakam gambar atau video.

“Tidak perlu serbu beramai-ramai dan ikut giliran dan kami pula selaku individu yang dirakam atau ditemuramah, akan memberi sedikit lebihan masa bagi membolehkan semua media dapat apa yang mereka mahukan.

“Mengenai tular ini, Menteri dan Timbalan menteri pun boleh kena denda, jadi tak mustahil pengamal media pun boleh kena sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan juadah berbuka puasa Iftar Ramadan kepada 200 penduduk di Parit Haji Napis dengan kerjasama Pasaraya Econsave yang turut menyampaikan sumbangan CSR mereka berbentuk barangan makanan dan ikan segar kepada penduduk.

Hadir sama Pengurus Besar Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd, Wilayah Utara Zamzuri Mansor

Sementara itu, ditanya sama ada pengamal media juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19, Noor Azmi menegaskan ianya bukan satu keperluan sekiranya tiada kontak dengan pesakit yang positif Covid-19.

“Ujian saringan ini bukanlah perlu dibuat kepada semua pihak sebaliknya hanya perlu dilakukan kepada sesiapa sahaja yang dipercayai ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Namun jika ada pengamal media yang disahkan positif, para pengamal media lain yang ada kontak dengannya perlu dilakukan ujian saringan itu dengan segera.

“Justeru, sekali lagi saya menasihatkan pengamal media agar patuhi SOP, jaga penjarakan sosial dan sebagainya,”katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas mengenai perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana menurut beliau, ianya bukanlah keputusan kerajaan untuk sewenang-wenangnya membuat ‘U-turn’ namum melihat keadaan graf semasa.

“Kita dah berjaya melaksanakan tiga fasa PKP dan kerajaan serta KKM sudah menasihati rakyat agar berkerjasama dan mematuhi SOP, namun sekiranya terdapat peningkatan kes serta kluster-kluster baru sepanjang PKP Bersayarat (PKPB) ini dilaksanakan, mungkin kerajaan akan melaksanakan semula PKP seperti dahulu.

“Sebenarnya kerajaan amat risau dan keputusan itu (PKP) hanya akan di putuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas nasihat KKM berdasarkan graf semasa sepanjang PKPB ini.

“Apa juga keputusannya kita tunggu berakhirnya PKPB pada 9 Jun ini, “katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");