Berita Hari Ini

Peniaga Kedai Aceh Naikkan Harga Barang

GOMBAK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung peniaga kedai Aceh menaikkan harga barangan pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya giat melakukan operasi memantau kedai Aceh yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan agensi itu khususnya sepanjang PKP.

Menurutnya, dalam operasi dilaksanakan di kawasan Batu 6.7,8, Jalan Gombak selama dua hari bermula Khamis lalu berjaya mengesan pengusaha kedai Aceh yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan.

“Pengusaha kedai Aceh terlibat dikesan melakukan kesalahan berkaitan harga barangan yang didapati mahal berbanding biasa.

“Semua peniaga terlibat juga dikesan tidak mempamerkan tanda harga pada barangan kawalan dan masing-masing dikenakan kompaun serta-merta bernilai RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kegagalan peniaga meletakkan tanda harga pada barangan jualan mereka dikhuatiri akan membuka peluang buat pihak terlibat untuk mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan tinggi.

“Saya ingin memberikan peringatan dan amaran kepada semua peniaga tidak kira siapa, supaya mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, KPDNHEP Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas mana- mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan lebih-lebih dalam tempoh perlaksanaan PKP ini lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");