Berita Hari Ini

Pensyarah UM Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Pesekutuan yang baharu untuk tempoh dua tahun, berkuatkuasa semalam hingga 14 Mei 2022.

Universiti itu menerusi akaun Twitternya mengucapkan tahniah kepada Dr Luqman di atas pelantikan itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Universiti Malaya berbangga dan merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Luqman Haji Abdullah dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuatkuasa mulai 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.

“Kami ucapkan selamat berbakti di medan baharu dan berkhidmat demi kebaikan ummah.

“Semoga pelantikan ini diberkati Allah SWT dan mengharumkan lagi nama Universiti Malaya,’ katanya.

Dr Luqman merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan adalah ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, ahli panel pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ahli panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");