Perak Hari Ini

Perak Anjur Pertandingan Video Pendek Sempena PKPB Terbuka Kepada Semua Warganegara Malaysia

IPOH- Kerajaan Perak menganjurkan Pertandingan Video Pendek Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (Prospek’20) bagi memperkenalkan keunikan budaya dan warisan negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pertandingan tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat menzahirkan bakat serta kreativiti masing-masing dalam menonjolkan elemen-elemen Negeri Perak.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan lebih 500 video diterima sepanjang tempoh pertandingan tersebut berlangsung dengan harapan dapat melahirkan lebih banyak bakat baru serta memperkenalkan budaya dan warisan negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

“Setiap video yang dihasilkan perlu menonjolkan elemen-elemen Negeri Perak antaranya loghat, imej, bendera, tempat perlancongan, keharmonian dan perpaduan, pembangunan Negeri Perak dan warisan mutlak Negeri Perak.

“Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan hadiah keseluruhan yang ditawarkan berjumlah RM25,000.

“Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan dengan bertemakan Bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana disambut dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pertanding tersebut bermula pada 13 Mei 2020 hingga 22 Jun 2020 yang mana dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perak, Jabatan Penyiaran Negeri Perak dan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak.

Tambah beliau, tiga pemenang terpilih akan memenangi hadiah utama berbentuk wang tunai, Ipad dan sijil serta 10 pemenang lagi akan menerima saguhati berjumlah RM500.

“Selaras dengan PKPB juga, pertandingan ini diadakan secara dalam talian melalui platform Media Sosial Rasmi Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Penerangan Negeri Perak, Radio Malaysia Perak FM dan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak,” katanya.

Borong penyertaan boleh didapati di Facebook Komunikasi Strategik Perak. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

https://www.facebook.com/106612984389375/posts/106657657718241/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");