Perak Hari Ini

Perak Benarkan Aktiviti Makan Di Restoran, Riadah Di Taman Rekreasi

IPOH: Perak menarik balik larangan aktiviti makan di premis atau ‘dine in’ di restoran atau kedai makan seluruh negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walau bagaimanapun ia terpulang kepada pemilik premis berkenaan sama ada membenarkan ia atau tidak.

“Saya ingin maklumkan, kita dah boleh benarkan para pengusaha premis makanan seperti Restoran Nasi Kandar Vanggey dan Restoran Tauge Ayam Lou Wong untuk beroperasi secara ‘dine in’ atau makan di dalam restoran.

“Tetapi, keputusan sama ada untuk benarkan pelanggan makan dalam restoran atau tidak, adalah terpulang sepenuhnya kepada para pengusaha.

“Sekiranya mereka telah bersedia untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan, bolehlah benarkan. Jika belum bersedia, eloklah tangguhkan dahulu,” katanya.

Dalam pada itu katanya SOP yang harus dipatuhi di dalam restoran adalah termasuk penjarakan sosial, menghadkan bilangan pelanggan serta mendapatkan maklumat diri setiap daripada mereka sebelum masuk ke premis.

Selain itu ujar beliau, kerajaan negeri turut mengumumkan pembukaan semua taman-taman rekreasi awam yang ditutup sebelum ini.

“Bagi orang ramai yang rindukan aktiviti riadah di taman-taman rekreasi awam pula, saya umumkan ia akan dibuka semula kepada orang ramai berkuatkuasa serta merta.

“Begitu pun, orang ramai diingatkan bahawa mereka wajib mematuhi SOP ketat norma baru khususnya mematuhi penjarakan sosial sewaktu beriadah di taman rekreasi awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Kedua, di sini, hari ini.

Pada Mei lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim berkata Perak telah menetapkan beberapa kawalan khususnya berkaitan sektor makanan, serta sukan dan rekreasi.

Ia termasuk larangan aktiviti makan di premis serta aktiviti riadah di taman rekreasi awam di seluruh negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");