Perak Hari Ini

Perak Catat 2 Kes Baru Covid-19

IPOH- Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan terdapat dua kes baru melibatkan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pesakit merupakan adik-beradik yang berasal dari Sitiawan.

“Dua kes terkini merupakan dua orang warganegara Malaysia berumur 29 dan 30 tahun di mana mereka adalah adik beradik dari Sitiawan.

“Kes pertama dikesan melalui saringan sebelum kembali bekerja dan Kedua-dua kes tiada bergejala,” katanya.

Namun begitu menurut beliau, punca jangkitan adik-beradik tersebut masih dalam siasatan.

Terdahulu, Perak mencatatkan keseluruhan 253 kes jangkitan positif namun enam daripada pesakit telah meninggal dunia di mana jumlah yang pulih dan dibenarkan pulang seramai 247 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");