Perak Hari Ini

Perak Peruntuk RM1.84 Juta Kepada Sektor Pendidikan Dan Modal Insan

IPOH- Kerajaan Perak memperuntukkan sebanyak RM1.84 juta bantuan kewangan kepada 567 buah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan tersebut diberikan bagi meringankan beban pengusaha institusi pendidikan awal dan tenaga pengajar.

“Daripada jumlah ini, RM0.85 juta adalah untuk bantuan sewa premis pada kadar rata RM500 sebulan selama tiga (3) bulan.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 567 buah institusi berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, 1,977 pendidik dan pengasuh di institusi-institusi ini akan menerima bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 seorang dengan peruntukan hampir RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 2, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri turut melihat kekangan yang sedang dihadapi oleh Maahad Tahfiz swasta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memperuntukan sebanyak RM3.42 juta.

“Bantuan RM10,000 kepada 116 buah Maahad Tahfiz swasta dengan peruntukan berjumlah RM1.16 juta.

“Bantuan Sara Diri Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz iaitu sebanyak RM800 seorang kepada 2,830 orang guru dengan peruntukan berjumlah RM2.26 juta.

Bagaimanpun katanya, kerajaan negeri ingin menyeru kepada pusat-pusat tahfiz yang belum berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk berbuat demikian dengan segera.

“Kerajaan Negeri komited untuk membantu dan memudahcara pendaftaran semua pusat tahfiz di Negeri Perak agar para ibu bapa yakin dengan keselamatan anak-anak dan kualiti pendidikan yang baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");