Perak Hari Ini

Perak Salur RM40,000 Kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Seluruh Negeri

IPOH: Perak menyalurkan dana berjumlah RM1,000 kepada setiap 40 pusat atau rumah kebajikan anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata inisiatif itu diambil bagi meringankan beban mereka khususnya dalam mendepani krisis wabak COVID-19 ketika dalam bulan Ramadan.

Ujar beliau, bantuan sama turut bertujuan sebagai meringankan beban mereka bagi persiapan dalam menyambut bulan Syawal nanti.

“Sumbangan ini disalurkan secara menyeluruh serta lawatan saya ke tiap-tiap rumah anak yatim yang terlibat turut berjalan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, selepas pada Syawal nanti kerajaan negeri akan memberikan bantuan sebanyak RM300 kepada setiap 1,0001 anak yatim seluruh negeri yang berdaftar dengan JKM,” katanya.

Tambah beliau, selain kerajaan negeri, kerajaan persekutuan turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM8,200 kepada setiap rumah anak-anak yatim tersebut.

Jelasnya bantuan yang disalurkan pada 27 April lalu itu turut bertujuan bagi membantu meringankan beban penghuni-penghuni dalam menghadapi ancaman COVID-19 dalam bulan Ramadan ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan kerja di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, dekat sini, hari ini.

Dalam sesi tersebut, Wan Norashikin berkesempatan menyantuni dan menyampaikan beg cenderamata kepada 30 penghuni di situ yang kesemuanya berumur antara 4 hingga ke 18 tahun.

Sementara itu beliau berkata selain daripada rumah-rumah anak yatim di bawah JKM, Perak turut mempunyai 120 buah rumah-rumah anak yatim yang diuruskan badan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Rumah-rumah anak yatim yang tidak berdaftar dengan JKM turut akan dibantu kerajaan negeri mengikut keperluan.

“Pada masa sama kita juga menggalakkan kesemua rumah itu dapat berdaftar dengan JKM supaya memudahkan urusan pemantauan dan penyaluran bantuan,” tambahnya.

Selain itu Wan Norashikin turut berharap agar lebih ramai pihak dapat tampil ke hadapan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan tersebut walaupun bukan dalam bulan Ramadan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");