Berita Hari Ini

Perkeso Nafi Bekerjasama Dengan MyEG Jalani Saringan Covid-19

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menafikan laporan mengatakan agensi itu menjalinkan kerjasama dengan MyEG Services Berhad (MyEG) dalam melaksanakan saringan Covid-19 yang dikenali sebagai Program Saringan Prihatin (PSP).

Perkeso berkata ujian saringan Covid-19 ini disediakan secara percuma kepada pekerja dan majikan yang berdaftar dengan agensi itu.

“Menurut MyEG, mereka bekerjasama dengan panel klinik berdaftar Perkeso bagi mengatur saringan yang dijalankan di tapak di premis majikan oleh pengamal perubatan yang terlatih untuk mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, MyEG dilaporkan berkata pihaknya menawarkan portal sehenti yang mudah untuk majikan di Malaysia menguruskan keperluan berkaitan saringan COVID-19 untuk tenaga kerja mereka.

Pada masa ini, pekerja yang berdaftar sebagai pencarum Perkeso, termasuk pekerja asing, kos ujian COVID-19 mereka dilindungi oleh PSP Perkeso memetik FMT.

Perkeso berkata pendaftaran PSP Perkeso hanya boleh dibuat melalui pautan https://prihatin.perkeso.gov.my,sementara syarat dan prosedur saringan dipaparkan di https://prihatin.perkeso.gov.my dan laman sesawang Perkeso, www.perkeso.gov.my.

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 1-300-22-8000/03-4264 5555/03-8091 5100 atau emel ke [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");