Perak Hari Ini

Pertama Kali DUN Perak Bersidang Pada Bulan Ramadan, Dalam Norma Baharu

IPOH: Persidangan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, hari ini berlangsung dalam norma baharu.

Persidangan DUN itu juga merupakan kali pertama menyaksikan perasmian persidangan berlangsung pada bulan Ramadan.

Selain itu, susulan penularan wabak COVID-19, istiadat perasmian yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah itu berlangsung secara ringkas yang mana tempoh mesyuarat dipendekkan.

Pada masa sama, kedudukan kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga dijarakkan yang mana satu meja dihadkan kepada dua ADUN berbanding tiga seperti biasa.

Difahamkan selain penjarakan sosial, kesemua mereka turut menjalani saringan kesihatan bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia disusuli dengan jumlah kehadiran para petugas dan pemerhati yang dihadkan sementara hanya media rasmi kerajaan sahaja dibenarkan membuat liputan persidangan yang berlangsung selama satu hari itu.

April lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan persidangan kali ini tidak mempunyai sesi soal jawab lisan sebaliknya kesemua soalan ADUN akan diberikan jawapan bertulis.

Persidangan itu menyaksikan kedudukan ADUN berubah selaras dengan perubahan politik tanah air yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas Perikatan Nasional (PN) Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membentuk kerajaan negeri.

PN Perak memperoleh mandat itu berikutan sokongan 32 daripada 59 ADUN iaitu 25 (BN), BERSATU (4) dan PAS (3).

Komposisi terkini DUN Perak terdiri daripada BN (25); DAP (16); Parti Amanah Negara (AMANAH) (5); BERSATU (4), serta 3 masing-masing bagi PKR, PAS dan Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");