Berita Hari Ini

PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun: Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Tidak Dibenarkan

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

Menurut beliau, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sehingga wabak koronavirus (COVID-19) dapat dibendung sepenuhnya.

“Sebarang perubahan mengenai peraturan prosedur operasi standard (SOP) bagi senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat beliau dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.

Sementara itu tambah beliau, pergerakan bagi merentas negeri untuk menyambut perayaan Aidilfitri juga turut tidak dibenarkan.

“Dalam tempoh ini ada perayaan utama yang lazimnya melibatkan pergerakan orang ramai iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Jadi saya nak mengingatkan saudara saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini.

“Ini bermakna, mintak maaf banyak-banyak dan saya mohon ampun, demi untuk menjaga kesihatan dan keselamatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");