Perak Hari Ini

PKPB Giliran Rakyat Mainkan Peranan

IPOH- Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula, ramai mula bimbang akan berlakunya gelombang ketiga penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Namun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat yang merasakan tindakan berkenaan wajar diambil memandangkan sektor ekonomi kian terjejas malahan jumlah pengangguran juga dijangka akan meningkat jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan.

Menurut ciap seorang pengguna Twitter @im_aliuddin, katanya kerajaan telah melakukan perkara yang perlu di mana ianya terbaik buat semua rakyat dan kini giliran rakyat pula memainkan peranan masing-masing.

“Kerajaan doing what it need to be, at its best for everyone and both.. so korang as RAKYAT pula yang mainkan peranan.. nasihat la org ramai supaya ikut SOP yg disarankan.. masih amalkan langkah berjaga dan penjarakkan sosial.. jangan tau salahkan kerajaan je,” katanya

Ciap seorang lagi pengguna Twitter @MuhdNabilllllll turut menyuarakan perkara yang sama yang mana menurut beliau rakyat pula bertanggungjawab dalam menentukan keadaan negara kerana rakyat adalah agen dalam memainkan peranan yang besar.

“Ofcoz nyawa lagi penting, but economy also penting, sekarang tanggungjawab bukan pada kerajaan, tapi terletak pada rakyat, PKP tamat atau tidak, rakyat yg tentukan jangkitan seterusnya. Rakyat mainkan peranan paling besar sekarang. Jangan salahkan kerajaan, sebab kita yang tentukan what will happen next,” katanya.

Tambah @irishaamar dalam ciapannya turut berkata, tindakan yang diambil kerajaan adalah perkara sudah tentu difikirkan terlebih dahulu, namun sebagai rakyat juga harus memainkan peranan yang besar.

Katanya, jika sektor ekonomi dan sosial tidak dibuka semula, berkemungkinan ianya akan mati malahan memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Nyawa memanglah lagi penting. Tapi takkanlah kerajaan nak buat keputusan sewenang wenangnya. Kalau tak fikir soal ekonomi, ekonomi pula mati. Bila ekonomi mati, benda tu memberi kesan kepada kita juga,” katanya.

Bagaimanpun, terdapat juga ciapan dari @matnip_ yang menyarankan supaya PKPB dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dahulukan bantuan kesihatan kepada kawasan Zon Merah.

“Balancekan ekonomi dan kesihatan. Of course ekonomi kena jaga supaya tak kebulur, dalam masa yang sama kesihatan kena jaga. Mulakan dengan ekonomi di greenzone dulu atau berperingkat. Bantuan terus kepada zone yang masih positive,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menafikan negara akan berdepan risiko sama seperti berlaku di Hokkaido, Jepun di mana kerajaan akan terus menyekat kemasukan warga asing ke negara ini serta mewajibkan kuarantin penuh kepada rakyat kita yang pulang dari luar negara.

“Berbeza dengan negara kita, kita masih menutup pintu masuk kepada warga asing, sampai hari ini kita tak benarkan. Lapangan terbang kita tidak menerima warga asing dan warga kita pun akan dikuarantin wajib. Ini untuk menyekat kes import seperti yang berlaku di Hokkaido,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");