Perak Hari Ini

PKPB Tindakan Tepat- Timb Menteri Kesihatan

BAGAN SERAI- Keputusan kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPKB) pada 4 Mei adalah satu tindakan tepat dalam menjaga kesihatan, kesejahteraan serta ekonomi rakyat dan negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata keputusan PKPB yang dibuat Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin adalah secara kolektif dalam Jemaah Menteri dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

“Keputusan memutuskan PKPB ini dibuat Perdana Menteri atas nasihat KKM berdasarkan data dan fakta semasa dimana Malaysia antara negara terbaik dalam usaha memerangi COVID-19 dunia.

“Data semasa menunjukkan pencapaian negara kita amat bagus dimana kadar kematian dicatatkan adalah 1.7 peratus berbanding kadar kematian dunia iaitu 7.1 peratus manakala kadar penyembuhan kita pula kini mencapai tahap 70 peratus.

“Secara peribadi keputusan dibuat kerajaan ini termasuk pergerakan kearah membenarkan aktiviti perniagaan bersyarat termasuk sektor-sektor lain adalah keputusan tepat kerana kita turut bimbang dengan kehidupan semasa rakyat selain menjaga kesejahteraan, kesihatan dan ekonomi negara, “katanya dalam sidang media selepas menyampaikan juadah berbuka puasa sempena Iftar Ramadan Drive True kepada 100 penduduk di Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria.

Bagaimanapun katanya, beliau sedia maklum tentang kebimbangan sesetengah rakyat yang merasakan tindakan kerajaan melaksanakan PKPB itu sebagai terburu-buru namun menegaskan kerajaan telah pun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat.

“Bagus apabila ada rakyat yang risau dan bimbang tentang perkara itu dan itu menunjukkan mereka prihatin, namun keputusan dibuat kerajaan adalah berdasarkan fakta yang kini menunjukkan negara kita kearah yang semakin baik sekarang ini.

“Semangnya ada kebimbangan apabila pusat membeli belah atau pasaraya dibuka namun kerajaan telah menetapkan SOP yang sangat ketat termasuk mengamalkan penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan, menggunakan mask dan sebagainya.

“Bagitu juga dengan keputusan membawa kepulangan pelajar, kita bukan main hentam saja, semuanya diawasi dan dipantau mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya.

Tambah Noor Azmi, pihaknya berharap agar rakyat dapat bersatu hati bersama kerajaan dan KKM disamping mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan dalam memerangi wabak Covid-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");