Berita Hari Ini

PM Dengar Rungutan Rakyat: Tempoh Rayuan BPN Dilanjutakan Sehingga 31 Mei

KUALA KUMPUR- Pemohon yang gagal mendapatkan Bantuan Perihatin Nasional (BPN) boleh membuat permohonan semula bermula pada 11 atau 12 Mei mengikut waktu operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi negeri masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa tempoh rayuan tersebut bakal dibuka semula bermula Isnin dan Selasa ini di mana akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Katanya mengenai isu bayaran BPN, beliau mendengar terdapat rungutan dari orang ramai yang gagal menerima bantuan berkenaan atas pelbagai sebab antaranya adalah maklumat yang diisi tidak lengkap, permohonan ditolak kerana rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

“Dengan mengambil kira semua perkara ini, Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

“Selain menghantar email, pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh menghadirkan diri ke kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula pada hari Isnin, 11 Mei 2020 dan bagi negeri yang bercuti esok, boleh mula ke kaunter LHDN pada hari Selasa, 12 Mei 2020.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah boleh diluluskan,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat beliau dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");