Berita Hari Ini

Ramai Lakukan Pergerakan Rentas Negeri Pada Waktu Malam

SUBANG JAYA – Pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pergerakan rentas negeri yang dibenarkan sejak 7 Mei lepas, mendapati orang ramai lebih memilih melakukan perjalanan pada waktu malam berbanding siang.

Bernama melaporkan, Timbalan Komander (Operasi) PGU SAC Noor Sham Md Jani berkata, perkara itu mungkin disebabkan keadaan cuaca dan orang ramai mahu melakukan perjalanan selepas berbuka puasa.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan bertambah hari ini, kerana orang ramai yang terkandas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lepas akan menggunakan peluang ini untuk pulang ke kediaman masing-masing.

“Esok (hari ini) adalah hari terakhir mereka melakukan perjalanan rentas negeri dan kita menjangkakan jumlah kenderaan bertambah,” katanya kepada Bernama selepas melakukan tinjauan melalui udara menggunakan helikopter di sekitar lebuh raya utama negara, malam tadi.

Tinjauan udara dilakukan bersama Noor Sham selaku kapten dibantu pembantu juruterbang ASP Mohammad Firdaus Rosli serta Lans Koperal Nurfaseha Rahmat dan Lans Koperal Noorhayati Md Saat selaku pemerhati udara, menaiki helikopter AW139 bermula di Pangkalan PGU Subang di sini

Noor Sham berkata, pemantauan di Lebuh Raya Utara Selatan sekitar Rawang dan Tanjung Malim, Perak serta Lebuh Raya Sungai Besi malam tadi mendapati kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur bertambah berbanding hari kedua pergerakan rentas negeri dilancarkan.

PDRM sebelum ini mengeluarkan jadual pergerakan rentas negeri selama empat hari mulai 7-10 Mei bermula dengan pergerakan dari Kuala Lumpur pada Khamis.

Ia diikuti dengan pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan (Jumaat), manakala Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang (Sabtu) dan Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu (Ahad)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");