Berita Hari Ini

Rentas negeri Bagi Urusan Kerja Dibenarkan Semula Mulai 1 Jun – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan larangan perjalanan rentas negeri akan ditarik semula secara bersyarat.

Beliau berkata rentas negeri bagi urusan kerja, perubatan dan kecemasan dibenarkan semula mulai 1 Jun.

Jelasnya, sebelum ini beliau mengumumkan larangan rentas negeri itu tetapi kini kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

“Bahawa perjalanan rentas negeri (sebelum ini) tak dibenarkan sama sekali.

“Walaubagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa khas menteri yang bersidang hari ini memutuskan pertamanya, untuk beri kelonggoran seperti sebelum ini, rentas negeri dibolehkan jika kes-kes kecemasan seperti kematian dan kes perubatan lain.

“Begitu juga urusan kerja, seperti ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, kita juga benarkan. Contoh duduk di Seremban, kerja di Putrajaya,” katanya.

Pasangan suami isteri terpisah kerana PKP juga kini dibenarkan semula melakukan perjalanan rentas negeri mulai 1 Jun, maklum Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan.

“Saya juga umum dulu, rentas negeri pasangan berpisah PKP. Dulu kita kata benarkan dan kita henti sebelum musim hari raya. Hari ini, ya larangan itu setuju ditarik balik.

“Maka pasangan suami isteri terpisah boleh melakukan perjalanan rentas negeri untuk jumpa pasangan masing-masing, keluarga dan lain-lain.

“Kelonggaran ini bermula pada 1 Jun,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");