Perak Hari Ini

Rentas Negeri: PDRM Perak Luluskan 17 Ribu Permohonan

IPOH- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak telah meluluskan sebanyak 17,263 permohonan untuk merentas negeri Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, bermula pada 4 Mei hingga 18 Mei 2020, pihaknya telah menerima sebanyak 18,801 permohonan bagi rentas negeri.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17,263 permohonan telah diluluskan dan 1,538 permohonan tidak diluluskan kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

“PDRM telah meneruskan pemantauan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula pada 4 Mei 2020 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu katanya, dalam tempoh yang sama, sebanyak 3,243 kenderaan telah di arahkan untuk berpatah balik dan 44 tangkapan dilakukan.

“Sebanyak 3,243 kenderaan telah di arahkan untuk berpatah balik tidak dibenarkan melakukan rentas negeri kerana tidak mempunyai kebenaran di 37 lokasi tetap sekatan jalan raya di seluruh negeri Perak.

“PDRM juga telah melakukan sebanyak 44 tangkapan terhadap kesalahan-kesalahan yang melibatkan pelanggaran PKPB,” katanya.

Justeru itu katanya, dalam memastikan setiap arahan yang dikeluarkan dipatuhi, PDRM Perak telah menubuhkan pasukan Task Force bagi melakukan pemantauan PKPB oleh orang ramai.

“PDRM Perak menasihati orang ramai agar tidak sesekali mengambil kesempatan merentas negeri untuk pulang ke kampung serta melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Sebarang pelanggaran arahan tersebut boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta342),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");