Panasnya Hari Ini

Rina Harun nafi mahu letak jawatan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun menafikan spekulasi yang mengatakan dia akan meletakkan jawatan.

Rina antara menteri Bersatu yang dikaitkan dengan spekulasi akan meletakkan jawatan.

“Saya cuma nak nyatakan sehingga kini, saya merupakan ahli parti Bersatu, ketua Wanita Bersatu dan juga menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan juga presiden parti,” katanya kepada media di Hotel Sofitel di Bukit Damansara, petang tadi.

Rina juga menekankan bahawa di tengah pandemik Covid-19, tumpuan harus diberikan kepada rakyat dan bukannya polemik politik.

Rina antara beberapa pemimpin yang dilihat tiba di hotel itu bersama Hamzah Zainudin, setiausaha agung Bersatu yang dilantik dari kem Muhyiddin.

Hamzah sebelum itu mengadakan sidang media di ibu pejabat Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga turut kelihatan.

Mereka mengadakan perbincangan di hotel selama kira-kira satu jam sebelum Hamzah berdedar.

Ketika ditanya mengenai topik yang dibincangkan, Rina menjawab bahawa mereka menyewa hotel bagi tujuan penyediaan makanan dan minuman.

Bersatu menyaksikan perpecahan dalaman selepas Muhyiddin membawa parti itu keluar dari Pakatan Harapan pada Feb lalu.

Muhyiddin kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, BN, dan PAS.

Pakar politik meramalkan bahawa gabungan PN boleh menghadapi masalah berkaitan dengan kerusi pilihan raya kerana Bersatu, Umno, dan PAS bertumpu di kawasan yang sama. Umno dilihat tidak akan memberi laluan kepada Bersatu.

Mahathir pula menjangkakan Bersatu akan dipinggirkan oleh Umno.

Setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya sebelum ini mengumumkan membatalkan keanggotaan Mahathir dan empat yang lain kerana duduk di bangku pembangkang di Parlimen pada 18 Mei lalu.

Namun, Mahathir dan beberapa ahli parlimen Bersatu yang lain menolak keputusan yang diumumkan Suhaimi dengan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan itu.

Susulan itu, Mahathir berkata bahawa beliau sebaliknya memutuskan untuk memecat Suhaimi dari jawatan sebagai setiausaha kerja Bersatu kerana membuat keputusan melebihi bidang kuasanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");