Berita Hari Ini

Sabah Tidak Laksana PKPB Esok, Kekal PKP Fasa 4

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) seperti yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan, mulai esok.

BH Online melaporkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya akan mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

“Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus.

“Kita juga meminta seluruh rakyat Sabah untuk terus mematuhi PKP yang sedang berkuat-kuasa ini dengan duduk di rumah dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan serta utamakan kebersihan,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok (4 Mei), bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal COVID-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");